KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
2010
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
LP/ SPM /2010
2010 © HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA
2
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
2010
A. ARAHAN AM KEPADA PENGETUA
1. Pengetua hendaklah mengedarkan Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2010 kepada
semua calon.
2. Pengetua hendaklah memberitahu calon tentang Garis Panduan dan Arahan
Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2010 sebelum
peperiksaan.
3. Pengetua hendaklah menyemak bahan peperiksaan yang diterima menepati
keperluan menjawab kertas soalan yang ditawarkan di sekolah pada tahun semasa.
4. Pengetua hendaklah merujuk kepada dokumen Panduan Pengurusan Pusat
Peperiksaan Bertulis dan Peraturan dan Panduan Peperiksaan SPM.
B. ARAHAN AM KEPADA KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN
1. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan semua Garis Panduan dan
Arahan Peperiksaan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2010 mendapat
perhatian calon.
2. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mencatatkan di papan tulis dan
memaklumkan kepada calon tarikh peperiksaan, kod kertas, nama kertas, waktu,
masa peperiksaan dan errata (jika ada) bagi kertas soalan.
3. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengedarkan kertas soalan mengikut tarikh
dan waktu yang tercatat dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2010.
4. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengedarkan kertas soalan dengan muka
hadapan kertas soalan di sebelah atas.
5. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengarahkan calon menyemak butiran kod
kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas
soalan bagi memastikan calon mendapat kertas soalan yang betul.
6. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengedarkan bahan peperiksaan dan
kertas jawapan mengikut keperluan mata pelajaran seperti yang tercatat pada muka
hadapan kertas soalan.
7. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah membenarkan kalkulator dibawa masuk
ke dewan/bilik peperiksaan.
8. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan calon mengemukakan
dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor sebagai bukti calon tidak dapat
menduduki mana-mana kertas soalan.
3
9. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan bilangan skrip jawapan
peperiksaan yang dikumpul dan dicatat pada borang LPM/AM29 akur dengan
bilangan calon dalam Jadual Kedatangan bagi sesuatu kertas soalan.
10. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah merujuk kepada dokumen Panduan
Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis.
C. ARAHAN KEPADA CALON PEPERIKSAAN
1. ARAHAN AM
1.1 Calon wajib menduduki semua kertas soalan bagi mata pelajaran yang didaftar.
Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas soalan sama ada kertas
soalan bertulis atau ujian amali atau pentaksiran berasaskan sekolah akan
dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat
menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas soalan dikehendaki mengemukakan
dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas
Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua
Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM 2010.
1.2 Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan
sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada Pengetua sekiranya
terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon.
Calon dikenakan bayaran. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak sekolah
(calon sekolah) atau JPN (calon persendirian).
2. ARAHAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN
2.1 Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik peperiksaan 15 minit
sebelum peperiksaan dimulakan.
2.2 Calon hendaklah menyemak butiran dan menandatangani Kenyataan Kemasukan
Peperiksaan pada hari pertama peperiksaan.
2.3 Calon hendaklah meletakkan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri
atau Surat Perakuan Pengenalan Diri daripada Pengetua dan Kenyataan
Kemasukan Peperiksaan di penjuru atas sebelah kanan meja sepanjang waktu
peperiksaan. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan.
2.4 Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas
Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mesti
mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.
2.5 Calon boleh membuat bantahan sekiranya telah mendaftar untuk menduduki sesuatu
mata pelajaran tetapi kod kertas soalan tersebut tidak tercatat dalam Jadual
Kedatangan. Calon hendaklah mengemukakan Kenyataan Kemasukan
Peperiksaan dari Lembaga Peperiksaan yang mengandungi kod kertas, nama
kertas dan jenis peperiksaan (SPM 2010) sebagai bukti pendaftaran. Calon tidak
dikenakan bayaran.
4
3. ARAHAN TENTANG KERTAS SOALAN
3.1 Calon hendaklah menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan
arahan pada muka hadapan kertas soalan bagi memastikan calon mendapat kertas
soalan yang betul.
3.2 Calon hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan
segera jika menerima kertas soalan yang salah atau tidak lengkap.
3.3 Calon hendaklah membaca dan mematuhi semua arahan pada halaman hadapan
dan halaman belakang kertas soalan sebelum peperiksaan dimulakan.
4. ARAHAN TENTANG KERTAS JAWAPAN DAN SKRIP JAWAPAN PEPERIKSAAN
4.1 Calon hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan
segera jika menerima kertas jawapan yang tidak menepati keperluan mata pelajaran
seperti yang tercatat pada kertas soalan.
4.2 Calon hendaklah menulis Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Nama Kertas,
Kod Kertas dan Nombor Soalan dengan jelas pada ruangan yang disediakan pada
kertas soalan dan kertas jawapan seperti Buku Jawapan (BJ), Helaian Tambahan
(HT), peta, graf , kertas lukisan dan sebagainya.
4.3 Calon hendaklah menulis jawapan dengan menggunakan pena mata bola berdakwat
hitam atau biru. Pensel atau pena mata bola berdakwat selain hitam atau biru boleh
digunakan untuk melukis gambar rajah dan peta.
4.4 Calon hendaklah menggunakan kedua-dua halaman pada setiap helaian BJ dan HT.
Tulis jawapan bagi setiap soalan pada halaman yang baharu.
4.5 Calon hendaklah menulis dengan jelas pada kertas jawapan nombor soalan seperti
yang tertera pada kertas soalan. Calon tidak perlu menyalin soalan.
4.6 Calon hendaklah menulis semua jawapan dalam Bahasa Melayu kecuali bagi kertas
soalan yang membenarkan atau memerlukan calon menjawab dalam bahasa lain.
4.7 Calon hendaklah memastikan Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Nama
Kertas, Kod Kertas dan Nombor Soalan telah ditulis dengan betul pada ruangan
yang disediakan pada kertas soalan dan kertas jawapan seperti Buku Jawapan (BJ),
Helaian Tambahan (HT), peta, graf , kertas lukisan dan sebagainya, apabila diarah
berhenti menulis.
4.8 Calon hendaklah memastikan setiap helaian tambahan disusun mengikut urutan
nombor soalan sebelum diikat bersama kertas soalan atau Buku Jawapan.
4.9 Calon hendaklah berada di tempat duduk yang ditetapkan semasa skrip jawapan
peperiksaan atau kertas soalan tertutup dikumpul semula oleh Pengawas.
5
5. ARAHAN TENTANG JAWAPAN OBJEKTIF BERMAKLUMAT (JOB) DAN
JAWAPAN OBJEKTIF TIDAK BERMAKLUMAT (JOTB)
5.1 Calon yang menerima kertas JOB hendaklah menyemak Nama Calon, Angka
Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Kod Kertas dan Nama Kertas pada kertas JOB
berkenaan. Calon dilarang membuat sebarang pindaan terhadap maklumat yang
telah dicetak pada Bahagian A. Kosongkan Bahagian B dan Bahagian C.
5.2 Calon hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan
segera jika menerima kertas JOB yang salah atau tidak lengkap.
5.3 Calon hendaklah menanda ruangan Bahasa Digunakan untuk menjawab kertas
yang berkenaan.
5.4 Calon hendaklah menggunakan pensel 2B atau BB sahaja.
5.5 Calon yang menerima kertas JOTB hendaklah melengkapkan Nama Calon, Angka
Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Kod Kertas dan Nama Kertas pada ruangan
yang disediakan dan hitamkan ruang yang berkenaan. Kosongkan Bahagian B dan
Bahagian C.
5.6 Calon hendaklah menggunakan getah pemadam jenis lembut sahaja untuk
memadamkan hingga bersih tanda jawapan yang tidak dikehendaki. Calon dilarang
menggunakan pemadam jenis cecair, kimia, pelekat atau seumpamanya.
5.7 Calon dilarang melipat, menggulung atau merenyuk kertas JOB dan JOTB.
5.8 Calon dilarang membuat lubang atau apa-apa tanda yang tidak dikehendaki pada
kertas JOB dan JOTB.
D. AMARAN KEPADA CALON PEPERIKSAAN
1. Dilarang membawa masuk sebarang buku, nota, catatan, akhbar, kamus, kertas,
telefon bimbit atau alat-alat komunikasi, kotak pensel, beg dan Jadual Waktu
Peperiksaan ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang
dibenarkan semasa peperiksaan.
2. Dilarang menulis nota pada dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
3. Dilarang membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
4. Dilarang menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
5. Dilarang memberi pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang
lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan atau menggunakan bahasa isyarat
untuk tujuan meniru.
6. Dilarang mendedahkan kertas soalan atau/dan skrip jawapan peperiksaan sehingga
boleh dibaca oleh calon lain.
7. Dilarang menukar kertas soalan atau/dan skrip jawapan peperiksaan dengan calon
lain.
6
8. Dilarang menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada
Ketua Pengawas Peperiksaan.
9. Dilarang membawa keluar kertas soalan dari dewan/bilik peperiksaan semasa
peperiksaan.
10. Dilarang membawa keluar kertas soalan tertutup dan skrip jawapan peperiksaan
dari dewan/bilik peperiksaan.
11. Dilarang membawa keluar kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah
digunakan dari dewan/bilik peperiksaan.
12. Dilarang keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit pertama peperiksaan
dimulakan dan 10 minit terakhir sebelum peperiksaan ditamatkan.
13. Dilarang melipat atau merenyuk kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang
telah digunakan.
14. Dilarang mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/bilik
peperiksaan semasa peperiksaan.
15. Dilarang memakai pakaian yang tidak sopan dan menjolok mata.
16. Dilarang merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan.
17. Sebarang perbuatan yang melanggar peraturan peperiksaan dianggap salah laku dan
akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996
(Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak
dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah
laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana
salah laku di atas boleh dikenakan tindakan berikut:-
17.1 Keseluruhan keputusan peperiksaan digantung;
17.2 Keputusan mata pelajaran berkenaan dibatalkan;
17.3 Keseluruhan keputusan peperiksaan dibatalkan;
17.4 Keseluruhan peperiksaan pusat berkenaan dibatalkan.
7
E. ARAHAN KHAS
KOD KERTAS DAN NAMA KERTAS ARAHAN KHAS
2280/2 Geografi
Kertas 2
Stensil peta tidak boleh digunakan.
Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah
menyerahkan baki kertas soalan Pendidikan Moral
Kertas 1, Pendidikan Seni Visual – Teori Seni
Kertas 1 dan Pengetahuan Sains Sukan Kertas 1
kepada Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan,
Jabatan Pelajaran Negeri.
Kertas Soalan Tertutup
1225/1 Pendidikan Moral
Kertas 1
2611/1 Pendidikan Seni Visual – Teori Seni
Kertas 1
4571/1 Pengetahuan Sains Sukan
Kertas 1
Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah
mengumpul semula kertas soalan Pendidikan Seni
Visual – Teori Seni Kertas 1 dan Pengetahuan
Sains Sukan Kertas 1 selepas tamat waktu
peperiksaan mata pelajaran berkenaan dan
menyerahkannya kepada Sektor/Unit Penilaian dan
Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri.
2611/2 Pendidikan Seni Visual – Seni Halus
Kertas 2
Calon hendaklah menggunakan kertas lukisan yang
dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan sahaja.
Calon yang mengambil kertas Pendidikan Seni
Visual – Seni Halus Kertas 2, hendaklah mengambil
kertas soalan daripada Ketua Pengawas
Peperiksaan pada 1 Disember 2010 (Rabu).
3759/1 Lukisan Kejuruteraan
Kertas 1
Calon yang mengambil kertas soalan Lukisan
Kejuruteraan Kertas 1 hendaklah membawa semua
alat lukisan kejuruteraan yang diperlukan seperti
Sesiku T, Pembaris Skala, Papan Lukisan A3
(297 mm x 420 mm) dan alat-alat lukisan.
8
KOD KERTAS DAN NAMA KERTAS ARAHAN KHAS
7102/1 Membuat Perabot
Kertas 1
Calon yang mengambil kertas soalan
Membuat Perabot Kertas 1 hendaklah
membawa sendiri alat melukis dan pensel
warna.
7204/1 Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut
Kertas 1
Calon yang mengambil kertas soalan
Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut
Kertas 1 hendaklah membawa sendiri pensel
warna dan make-up kit.
7201/1 Rekaan dan Jahitan Pakaian
Kertas 1
7202/1 Katering dan Penyajian
Kertas 1
7203/1 Pemprosesan Makanan
Kertas 1
7205/1 Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Kertas 1
7206/1 Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Geriatrik
Kertas 1
7302/1 Akuakultur dan Haiwan Rekreasi
Kertas 1
7303/1 Tanaman Makanan
Kertas 1
7401/1 Seni Reka Tanda
Kertas 1
7402/1 Hiasan Dalaman Asas
Kertas 1
7403/1 Produksi Multimedia
Kertas 1
7404/1 Grafik Berkomputer
Kertas 1
8101/1 Bahan Binaan
Kertas 1
8401/1 Fundamentals of Programming
Kertas 1
8402/1 Programming and Development Tools
Kertas 1
8501/1 Membuat Pakaian
Kertas 1
8511/1 Roti dan Masakan Yis
Kertas 1
8512/1 Patisserie
Kertas 1
8522/1 Dandanan Rambut
Kertas 1
8531/1 Pengajian Perkembangan Kanak-Kanak
Kertas 1
8541/1 Penyediaan Masakan Barat dan Timur
Kertas 1
8542/1 Penyajian Makanan dan Minuman
Kertas 1
8701/1 Aplikasi Komputer Dalam Perniagaan
Kertas 1
8702/1 Perakaunan Perniagaan
Kertas 1
8703/1 Teknologi Pejabat Perniagaan
Kertas 1
Calon yang mengambil kertas soalan
berkenaan hendaklah membawa sendiri
pensel warna.
9
KOD KERTAS DAN NAMA KERTAS ARAHAN KHAS
8502/1 Pola Pakaian
Kertas 1
Calon yang mengambil kertas soalan Pola
Pakaian Kertas 1 hendaklah membawa
sendiri pensel warna dan pembaris skala
1/4.
8521/1 Persolekan
Kertas 1
Calon yang mengambil kertas soalan
Persolekan Kertas 1 hendaklah membawa
sendiri pensel warna dan make-up kit.
8532/1 Perkhidmatan Awal Kanak-Kanak
Kertas 1
Calon yang mengambil kertas soalan
Perkhidmatan Awal Kanak-Kanak Kertas 1
hendaklah membawa sendiri pensel warna
dan pembaris 30 cm panjang.
8102/1 Teknologi Binaan
Kertas 1
8201/1 Prinsip Elektrik dan Elektronik
Kertas 1
8301/1 Pemesinan Berkomputer
Kertas 1
8311/1 Penyejukan
Kertas 1
8321/1 Automotif Kenderaan
Kertas 1
8331/1 Kimpalan Arka
Kertas 1
Calon yang mengambil kertas soalan
berkenaan hendaklah membawa sendiri
semua peralatan lukisan seperti sesiku,
papan lukisan, pembaris skala dan alatan
lukisan yang lain.
8332/1 Kimpalan Gas
Kertas 1
Calon yang mengambil kertas soalan
Kimpalan Gas Kertas 1 hendaklah
membawa sendiri French Curve.
Penggunaan Kalkulator
Calon dibenarkan menggunakan
kalkulator bagi kertas soalan yang
berkenaan.
10
JADUAL MASA TAMBAHAN
CALON BERKEPERLUAN KHAS
Masa tambahan yang diperuntukkan ini adalah untuk semua jenis kertas soalan.
Terdapat dua kategori masa tambahan bagi calon berkeperluan khas iaitu Kategori A
dan Kategori B.
Kategori A : Calon Buta, Rabun, Spastik/Cerebral Palsy, Autisme/Sindrom
Down/Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)/Attention
Deficit Disorder (ADD), Disleksia dan Cacat Anggota.
1. Calon kemalangan yang layak mendapat masa tambahan ialah calon yang tidak
boleh menulis dengan tangan yang biasa digunakan untuk menulis.
2. Kecederaan lain boleh diberi pertimbangan atas nasihat Pengarah Pelajaran,
Jabatan Pelajaran Negeri (u.p.: Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan)
Bil. Masa yang diperuntukkan dalam
Jadual Waktu Peperiksaan SPM
Masa tambahan yang
diberi
1 1 jam atau kurang hingga 1 jam 30 minit 30 minit
2 Lebih 1 jam 30 minit hingga 2 jam 30 minit 1 jam
3 Lebih 2 jam 30 minit 1 jam 30 minit
Kategori B : Calon Pekak
Masa tambahan bagi calon ini adalah 25% daripada masa yang diperuntukkan bagi
setiap kertas peperiksaan.
Bil. Masa yang diperuntukkan dalam
Jadual Waktu Peperiksaan SPM
25% masa tambahan
yang diberi
1 1 jam 15 minit
2 1 jam 15 minit 20 minit
3 1 jam 30 minit 25 minit
4 1 jam 45 minit 30 minit
5 2 jam 30 minit
6 2 jam 15 minit 35 minit
7 2 jam 30 minit 40 minit
8 3 jam 45 minit
JADUAL WAKTU UJIAN AMALI SPM 2010
TARIKH
8881/2 Pengeluaran Tanaman
Kertas 2
1 jam 30 minit
8883/2 Hortikultur Hiasan dan
Landskap
Kertas 2
1 jam 30 minit
8884/2 Kejenteraan Ladang
Kertas 2
1 jam 30 minit
8885/2 Pengurusan Ladang
Kertas 2
1 jam 30 minit
8882/2 Pengeluaran Ternakan
Kertas 2
1 jam 30 minit
KHAMIS
21
Oktober
2010
RABU
20
Oktober
2010
SELASA
19
Oktober
2010
08:00 pagi — 09.30 pagi
08:00 pagi — 09.30 pagi
08:00 pagi — 09:30 pagi
08:00 pagi — 09:30 pagi
08:00 pagi — 09:30 pagi
KOD
WAKTU KERTAS NAMA KERTAS MASA
11
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS SPM 2010
TARIKH MASA
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Buku Jawapan
10 minit
1103/1 Bahasa Melayu
Kertas 1
2 jam 15 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
menyemak butiran pada Kertas Jawapan
Objektif Bermaklumat
10 minit
2611/1 Pendidikan Seni Visual - Teori Seni
(Aneka Pilihan)
Kertas 1
1 jam 15 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Buku Jawapan
10 minit
1103/2 Bahasa Melayu
Kertas 2
2 jam 30 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Buku Jawapan
10 minit
1119/1 Bahasa Inggeris
Kertas 1
1 jam 45 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Soalan
10 minit
1119/2 Bahasa Inggeris
Kertas 2
2 jam 15 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Soalan
10 minit
5226/1 Tasawwur Islam
Kertas 1
1 jam 15 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
menyemak butiran pada Kertas Jawapan
Objektif Bermaklumat
10 minit
1249/1 Sejarah (Aneka Pilihan)
Kertas 1
1 jam
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Soalan dan Buku Jawapan
10 minit
1249/2 Sejarah
Kertas 2
2 jam 30 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Buku Jawapan
10 minit
5226/2 Tasawwur Islam
Kertas 2
2 jam 30 minit
WAKTU KOD NAMA KERTAS
KERTAS
10:00 pagi — 12:30 tengah hari
09.50 pagi — 10:00 pagi
01:50 petang — 02:00 petang
10:30 pagi — 12:45 tengah hari
01:50 petang — 02:00 petang
02:00 petang — 03:15 petang
08:00 pagi — 09:45 pagi
10:20 pagi — 10:30 pagi
07:50 pagi — 08:00 pagi
02:00 petang — 04:30 petang
08:00 pagi — 10:15 pagi
07:50 pagi — 08:00 pagi
08:00 pagi — 09:00 pagi
07:50 pagi — 08:00 pagi
10:50 pagi — 11:00 pagi
11:00 pagi — 12:15 tengah hari
01:50 petang — 02:00 petang
02:00 petang — 04:30 petang
ISNIN
22
November
2010
SELASA
23
November
2010
RABU
24
November
2010
12
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS SPM 2010
TARIKH WAKTU KOD NAMA KERTAS MASA
KERTAS
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
menyemak butiran pada Kertas Jawapan
Objektif Bermaklumat
10 minit
1449/1 Mathematics (Aneka Pilihan)
Kertas 1
1 jam 15 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Soalan
10 minit
1449/2 Mathematics
Kertas 2
2 jam 30 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Soalan
10 minit
2621/1 Pendidikan Muzik
Kertas 1
2 jam 30 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Soalan dan Buku Jawapan
10 minit
3765/1 Information and Communication
Technology
Kertas 1
2 jam 30 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Soalan dan Helaian Tambahan
10 minit
1223/1 Pendidikan Islam
Kertas 1
2 jam
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Soalan
10 minit
1225/1 Pendidikan Moral
Kertas 1
2 jam 30 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Buku Jawapan
10 minit
5228/2 Pendidikan Syari'ah Islamiah
Kertas 2
2 jam 30 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Buku Jawapan
10 minit
1223/2 Pendidikan Islam
Kertas 2
1 jam 40 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
menyemak butiran pada Kertas Jawapan
Objektif Bermaklumat
10 minit
5228/1 Pendidikan Syari'ah Islamiah
(Aneka Pilihan)
Kertas 1
1 jam 15 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Soalan
10 minit
3763/1 Reka Cipta
Kertas 1
2 jam 30 minit
07:50 pagi — 08:00 pagi
11:05 pagi — 11:15 pagi
KHAMIS
25
November
2010
ISNIN
29
November
2010
11:05 pagi — 11:15 pagi
07:50 pagi — 08:00 pagi
02:00 petang — 04:30 petang
07:50 pagi — 08:00 pagi
01:50 petang — 02:00 petang
10:00 pagi — 12:30 tengah hari
07:50 pagi — 08:00 pagi
01:50 petang — 02:00 petang
02:00 petang — 04:30 petang
01:50 petang — 02:00 petang
02:00 petang — 04:30 petang
11:15 pagi — 12:30 tengah hari
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:00 pagi
08:00 pagi — 09:15 pagi
09:50 pagi — 10:00 pagi
11:15 pagi — 12:55 tengah hari
08:00 pagi — 10:30 pagi
13
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS SPM 2010
TARIKH WAKTU KOD NAMA KERTAS MASA
KERTAS
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Soalan
10 minit
3472/1 Additional Mathematics
Kertas 1
2 jam
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Buku Jawapan
10 minit
3472/2 Additional Mathematics
Kertas 2
2 jam 30 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
menyemak butiran pada Kertas Jawapan
Objektif Bermaklumat
10 minit
1511/1 Science (Aneka Pilihan)
Kertas 1
1 jam 15 minit
4531/1 Physics (Aneka Pilihan)
Kertas 1
1 jam 15 minit
4581/1 Applied Science (Aneka Pilihan)
Kertas 1
1 jam 15 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Soalan dan Helaian Tambahan
10 minit
1511/2 Science
Kertas 2
2 jam 30 minit
4531/2 Physics
Kertas 2
2 jam 30 minit
4581/2 Applied Science
Kertas 2
2 jam
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Soalan dan Helaian Tambahan
10 minit
4531/3 Physics (Amali Bertulis)
Kertas 3
1 jam 30 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
menyemak butiran pada Kertas Jawapan
Objektif Bermaklumat
10 minit
4541/1 Chemistry (Aneka Pilihan)
Kertas 1
1 jam 15 minit
4561/1 Additional Science (Aneka Pilihan)
Kertas 1
1 jam 15 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Soalan dan Helaian Tambahan
10 minit
4541/2 Chemistry
Kertas 2
2 jam 30 minit
4561/2 Additional Science
Kertas 2
2 jam 30 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Soalan dan Helaian Tambahan
10 minit
4541/3 Chemistry (Amali Bertulis)
Kertas 3
1 jam 30 minit
4561/3 Additional Science (Amali Bertulis)
Kertas 3
1 jam 30 minit
10:00 pagi — 12:30 tengah hari
01:50 petang — 02:00 petang
02:00 petang — 03:30 petang
08:00 pagi — 09:15 pagi
09:50 pagi — 10:00 pagi
07:50 pagi — 08:00 pagi
08:00 pagi — 09:15 pagi
RABU
1
Disember
2010
10:00 pagi — 12:30 tengah hari
07:50 pagi — 08:00 pagi
08:00 pagi — 09:15 pagi
08:00 pagi — 09:15 pagi
09:50 pagi — 10:00 pagi
02:00 petang — 03:30 petang
10:00 pagi — 12:30 tengah hari
10:00 pagi — 12:30 tengah hari
08:00 pagi — 09:15 pagi
01:50 petang — 02:00 petang
07:50 pagi — 08:00 pagi
08:00 pagi — 10:00 pagi
01:50 petang — 02:00 petang
02:00 petang — 04:30 petang
10:00 pagi — 12:00 tengah hari
02:00 petang — 03:30 petang
SELASA
30
November
2010
KHAMIS
2
Disember
2010
14
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS SPM 2010
TARIKH WAKTU KOD NAMA KERTAS MASA
KERTAS
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
menyemak butiran pada Kertas Jawapan
Objektif Bermaklumat
10 minit
3755/1 Perdagangan (Aneka Pilihan)
Kertas 1
1 jam 15 minit
4551/1 Biology (Aneka Pilihan)
Kertas 1
1 jam 15 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Buku Jawapan
10 minit
3755/2 Perdagangan
Kertas 2
2 jam
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Soalan dan Helaian Tambahan
10 minit
4551/2 Biology
Kertas 2
2 jam 30 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Soalan dan Helaian Tambahan
10 minit
4551/3 Biology (Amali Bertulis)
Kertas 3
1 jam 30 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Buku Jawapan
10 minit
2205 Literature in English 2 jam 30 minit
2215 Kesusasteraan Melayu 2 jam 30 minit
9216 Kesusasteraan Cina 2 jam 30 minit
9217 Kesusasteraan Tamil 2 jam 30 minit
11:05 pagi — 11:15 pagi ……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
menyemak butiran pada Kertas Jawapan
Objektif Bermaklumat
10 minit
3756/1 Prinsip Perakaunan (Aneka Pilihan)
Kertas 1
1 jam 15 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada Helaian Tambahan,
Kertas Graf, Lejar, Jurnal dan Buku Tunai
10 minit
3756/2 Prinsip Perakaunan
Kertas 2
2 jam 30 minit
01:50 petang — 02:00 petang
08:00 pagi — 10:30 pagi
01:50 petang — 02:00 petang
02:00 petang — 03:30 petang
08:00 pagi — 09:15 pagi
09:50 pagi — 10:00 pagi
RABU
8
Disember
2010
ISNIN
6
Disember
2010
08:00 pagi — 10:30 pagi
07:50 pagi — 08:00 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
10:00 pagi — 12:30 tengah hari
08:00 pagi — 10:30 pagi
07:50 pagi — 08:00 pagi
08:00 pagi — 09:15 pagi
09:50 pagi — 10:00 pagi
10:00 pagi — 12:00 tengah hari
02:00 petang — 04:30 petang
11:15 pagi — 12:30 tengah hari
15
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS SPM 2010
TARIKH WAKTU KOD NAMA KERTAS MASA
KERTAS
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Soalan
10 minit
3528/1 Sains Pertanian
Kertas 1
1 jam 30 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
menyemak butiran pada Kertas Jawapan
Objektif Bermaklumat
10 minit
3758/1 Ekonomi Rumah Tangga
(Aneka Pilihan)
Kertas 1
1 jam
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Buku Jawapan
10 minit
3528/2 Sains Pertanian
Kertas 2
2 jam
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Soalan
10 minit
3758/2 Ekonomi Rumah Tangga
Kertas 2
2 jam
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada Kertas Lukisan
10 minit
2611/2 Pendidikan Seni Visual - Seni Halus
Kertas 2
3 jam
07:50 pagi — 08:00 pagi
08:00 pagi — 9:30 pagi
02:00 petang — 05:00 petang
09:50 pagi — 10:00 pagi
10:00 pagi — 12:00 tengah hari
07:50 pagi — 08:00 pagi
08:00 pagi — 9:15 pagi
09:50 pagi — 10:00 pagi
01:50 petang — 02:00 petang
10:00 pagi — 12:00 tengah hari
KHAMIS
9
Disember
2010
16
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS SPM 2010
TARIKH WAKTU KOD NAMA KERTAS MASA
KERTAS
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Buku Jawapan
10 minit
2361/2 Bahasa Arab Tinggi
Kertas 2
2 jam 30 minit
6356 Bahasa Iban 2 jam 30 minit
6362/1 Bahasa Arab Komunikasi
Kertas 1
2 jam 30 minit
9303 Bahasa Perancis 2 jam 30 minit
9378 Bahasa Punjabi 3 jam
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Soalan
10 minit
6351/2 Bahasa Cina
Kertas 2
2 jam 15 minit
6354/2 Bahasa Tamil
Kertas 2
2 jam 15 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Soalan
10 minit
2361/1 Bahasa Arab Tinggi
Kertas 1
1 jam 15 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Buku Jawapan
10 minit
6351/1 Bahasa Cina
Kertas 1
1 jam 45 minit
6354/1 Bahasa Tamil
Kertas 1
1 jam 45 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Soalan dan Buku Jawapan
10 minit
2280/2 Geografi
Kertas 2
2 jam
11:05 pagi — 11:15 pagi
ISNIN
13
Disember
2010
07:50 pagi — 08:00 pagi
11:15 pagi — 01:00 tengah hari
11:15 pagi — 01:00 tengah hari
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 11:00 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
02:00 petang — 04:00 petang
08:00 pagi — 10:15 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:15 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
07:50 pagi — 08:00 pagi
01:50 petang — 02:00 petang
11:15 pagi — 12:30 tengah hari
11:05 pagi — 11:15 pagi
17
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS SPM 2010
TARIKH WAKTU KOD NAMA KERTAS MASA
KERTAS
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Soalan
10 minit
6355/1 English for Science and Technology
Kertas 1
1 jam 15 minit
8101/1 Bahan Binaan
Kertas 1
2 jam 30 minit
8202/1 Aplikasi Elektrik dan Elektronik
Kertas 1
2 jam 30 minit
8302/1 Amalan Bengkel Mekanikal
Kertas 1
2 jam 30 minit
8312/1 Penyamanan Udara
Kertas 1
2 jam 30 minit
8322/1 Automotif Elektrik dan Diesel
Kertas 1
2 jam 30 minit
8332/1 Kimpalan Gas
Kertas 1
2 jam 30 minit
8402/1 Programming and Development Tools
Kertas 1
2 jam 30 minit
8502/1 Pola Pakaian
Kertas 1
2 jam 30 minit
8512/1 Patisserie
Kertas 1
2 jam 30 minit
8522/1 Dandanan Rambut
Kertas 1
2 jam 30 minit
8532/1 Perkhidmatan Awal Kanak-Kanak
Kertas 1
2 jam 30 minit
8542/1 Penyajian Makanan dan Minuman
Kertas 1
2 jam 30 minit
8702/1 Perakaunan Perniagaan
Kertas 1
2 jam 30 minit
8703/1 Teknologi Pejabat Perniagaan
Kertas 1
2 jam 30 minit
8882/1 Pengeluaran Ternakan
Kertas 1
2 jam 30 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
menyemak butiran pada Kertas Jawapan
Objektif Bermaklumat
10 minit
6355/2 English for Science and Technology
(Aneka Pilihan)
Kertas 2
1 jam
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
menyemak butiran pada Kertas Jawapan
Objektif Bermaklumat
10 minit
2280/1 Geografi (Aneka Pilihan)
Kertas 1
1 jam 15 minit
08:00 pagi — 09:15 pagi
11:05 pagi — 11:15 pagi
01:50 petang — 02:00 petang
02:00 petang — 03:15 petang
11:15 pagi — 12:15 tengah hari
07:50 pagi — 08:00 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
SELASA
14
Disember
2010
08:00 pagi — 10:30 pagi
18
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS SPM 2010
TARIKH WAKTU KOD NAMA KERTAS MASA
KERTAS
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
menyemak butiran pada Kertas Jawapan
Objektif Bermaklumat
10 minit
3754/1 Pengajian Keusahawanan
(Aneka Pilihan)
Kertas 1
1 jam 15 minit
4571/1 Pengetahuan Sains Sukan
(Aneka Pilihan)
Kertas 1
1 jam 15 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Soalan
10 minit
3760/1 Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
Kertas 1
1 jam 30 minit
3761/1 Pengajian Kejuruteraan Awam
Kertas 1
1 jam 30 minit
3762/1 Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik
Kertas 1
1 jam 30 minit
3764/1 Teknologi Kejuruteraan
Kertas 1
1 jam 30 minit
8881/1 Pengeluaran Tanaman
Kertas 1
2 jam 30 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Buku Jawapan
10 minit
3754/2 Pengajian Keusahawanan
Kertas 2
2 jam
3760/2 Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
Kertas 2
2 jam 30 minit
3761/2 Pengajian Kejuruteraan Awam
Kertas 2
2 jam 30 minit
3762/2 Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik
Kertas 2
2 jam 30 minit
3764/2 Teknologi Kejuruteraan
Kertas 2
2 jam 30 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Soalan dan Helaian Tambahan
10 minit
4571/2 Pengetahuan Sains Sukan
Kertas 2
2 jam 30 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
10 minit
5227/1 Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
Kertas 1
2 jam 30 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
10 minit
9221 Bible Knowledge 2 jam 30 minit
08:00 pagi — 09:30 pagi
07:50 pagi — 08:00 pagi
08:00 pagi — 09:30 pagi
07:50 pagi — 08:00 pagi
01:50 petang — 02:00 petang
10:15 pagi — 12:45 tengah hari
10:15 pagi — 12:45 tengah hari
10:15 pagi — 12:15 tengah hari
10:15 pagi — 12:45 tengah hari
02:00 petang — 04:30 petang
08:00 pagi — 09:30 pagi
08:00 pagi — 09:30 pagi
08:00 pagi — 09:15 pagi
10:05 pagi — 10:15 pagi
10:15 pagi — 12:45 tengah hari
01:50 petang — 02:00 petang
02:00 petang — 04:30 petang
10:05 pagi — 10:15 pagi
10:15 pagi — 12:45 tengah hari
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 09:15 pagi
RABU
15
Disember
2010
19
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS SPM 2010
TARIKH WAKTU KOD NAMA KERTAS MASA
KERTAS
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
menyemak butiran pada Kertas Jawapan
Objektif Bermaklumat
10 minit
3529/1 Pengajian Agroteknologi
(Aneka Pilihan)
Kertas 1
1 jam 15 minit
3757/1 Ekonomi Asas (Aneka Pilihan)
Kertas 1
1 jam 15 minit
3766/1 Pengurusan Makanan (Aneka Pilihan)
Kertas 1
1 jam
3767/1 Pengajian Pakaian (Aneka Pilihan)
Kertas 1
1 jam
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Kertas Soalan
10 minit
3759/1 Lukisan Kejuruteraan
Kertas 1
2 jam 30 minit
7101/1 Pembinaan Domestik
Kertas 1
2 jam 30 minit
7102/1 Membuat Perabot
Kertas 1
2 jam 30 minit
7103/1 Kerja Paip Domestik
Kertas 1
2 jam 30 minit
7104/1 Pendawaian Domestik
Kertas 1
2 jam 30 minit
7105/1 Kimpalan Arka dan Gas
Kertas 1
2 jam 30 minit
7106/1 Menservis Automobil
Kertas 1
2 jam 30 minit
7107/1 Menservis Motosikal
Kertas 1
2 jam 30 minit
7108/1 Menservis Peralatan Penyejukan dan
Penyamanan Udara
Kertas 1
2 jam 30 minit
7109/1 Menservis Peralatan Elektrik Domestik
Kertas 1
2 jam 30 minit
7201/1 Rekaan dan Jahitan Pakaian
Kertas 1
2 jam 30 minit
7202/1 Katering dan Penyajian
Kertas 1
2 jam 30 minit
7203/1 Pemprosesan Makanan
Kertas 1
2 jam 30 minit
7204/1 Penjagaan Muka dan Dandanan
Rambut
Kertas 1
2 jam 30 minit
7205/1 Asuhan dan Pendidikan Awal
Kanak-Kanak
Kertas 1
2 jam 30 minit
7206/1 Gerontologi Asas dan Perkhidmatan
Geriatrik
Kertas 1
2 jam 30 minit
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
07:50 pagi — 08:00 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 09:00 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
07:50 pagi — 08:00 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 09:15 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 09:15 pagi
KHAMIS
16
Disember
2010
08:00 pagi — 09:00 pagi
20
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS SPM 2010
TARIKH WAKTU KOD NAMA KERTAS MASA
KERTAS
7301/1 Landskap dan Nurseri
Kertas 1
2 jam 30 minit
7302/1 Akuakultur dan Haiwan Rekreasi
Kertas 1
2 jam 30 minit
7303/1 Tanaman Makanan
Kertas 1
2 jam 30 minit
7401/1 Seni Reka Tanda
Kertas 1
2 jam 30 minit
7402/1 Hiasan Dalaman Asas
Kertas 1
2 jam 30 minit
7403/1 Produksi Multimedia
Kertas 1
2 jam 30 minit
7404/1 Grafik Berkomputer
Kertas 1
2 jam 30 minit
8102/1 Teknologi Binaan
Kertas 1
2 jam 30 minit
8201/1 Prinsip Elektrik dan Elektronik
Kertas 1
2 jam 30 minit
8301/1 Pemesinan Berkomputer
Kertas 1
2 jam 30 minit
8311/1 Penyejukan
Kertas 1
2 jam 30 minit
8321/1 Automotif Kenderaan
Kertas 1
2 jam 30 minit
8331/1 Kimpalan Arka
Kertas 1
2 jam 30 minit
8401/1 Fundamentals of Programming
Kertas 1
2 jam 30 minit
8501/1 Membuat Pakaian
Kertas 1
2 jam 30 minit
8511/1 Roti dan Masakan Yis
Kertas 1
2 jam 30 minit
8521/1 Persolekan
Kertas 1
2 jam 30 minit
8531/1 Pengajian Perkembangan
Kanak-Kanak
2 jam 30 minit
8541/1 Penyediaan Masakan Barat dan Timur
Kertas 1
2 jam 30 minit
8701/1 Aplikasi Komputer Dalam Perniagaan
Kertas 1
2 jam 30 minit
8883/1 Hortikultur Hiasan dan Landskap
Kertas 1
2 jam 30 minit
8884/1 Kejenteraan Ladang
Kertas 1
2 jam 30 minit
8885/1 Pengurusan Ladang
Kertas 1
2 jam 30 minit
……... Ketua Pengawas mengarahkan calon
mengisi butiran pada muka hadapan
Buku Jawapan
10 minit
3529/2 Pengajian Agroteknologi
Kertas 2
2 jam
3757/2 Ekonomi Asas
Kertas 2
2 jam
3766/2 Pengurusan Makanan
Kertas 2
2 jam
3767/2 Pengajian Pakaian
Kertas 2
2 jam
02:00 petang — 04:00 petang
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
02:00 petang — 04:00 petang
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
02:00 petang — 04:00 petang
02:00 petang — 04:00 petang
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
08:00 pagi — 10:30 pagi
KHAMIS
16
Disember
2010
01:50 petang — 02:00 petang
21
LEMBAGA PEPERIKSAAN
BORANG PENGESAHAN
GARIS PANDUAN DAN ARAHAN DALAM
JADUAL WAKTU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2010 TELAH DIBACA
1. Nama : ……………………………………………………...........………
2. Angka Giliran :
3. Nombor Kad Pengenalan :
4. Pengakuan :
Saya mengaku bahawa telah membaca dan akan mematuhi semua Garis
Panduan dan Arahan Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
2010.
Tandatangan Calon : ………………………………………
Tarikh : ……………………..
5. Pengesahan Pengetua :
Tandatangan dan Cap Pengetua : ………………………………………
Tarikh : ………………………
NOTA :
• Sila asingkan borang ini dan serahkan kepada Setiausaha Peperiksaan.
• Setiausaha Peperiksaan dikehendaki menyimpan semua borang pengesahan.
Tuesday, March 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment