Wednesday, March 3, 2010

budak spm 2010

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Daneng,kau terlalu sayang akan hutan ini bukan?”
“Janganlah memisahkan saya dan hutan ini,cikgu.” terkeluar kalimat rayuan daripada mulut Daneng.
“Demi hutan malar hijau yang kamu cintai,kamu perlu belajar.Hutan ini memerlukan kamu.”
“Apa maksud cikgu?”
“Tidakkah kamu tahu bahawa di seluruh dunia,hutan diancam aktiviti pembalakan.Sindiket yang gila akan duit menceroboh dan membunuh fauna dan flora di kawasan hutan simpan.Bukan sahaja di Malaysia,malah hutan malar hijau di Lembangan Amazon juga terancam.
“Pohon-pohon tembusu padang,meranti tembaga di kawasan hutan simpan, 20 km dari sini sudah tiada lagi cikgu,” kata Daneng terputus-putus.Suaranya ditenggelami kekecewaan yang pedih.”Apakah yang dapat saya lakukan.Apabila kami tiba di sana, mereka sudah tiada,pokok-pokok itu juga sudah tiada.”
“Sebab itulah kamu harus belajar, Daneng.Mungkin kamu dapat menjadi pegawai perhutanan negara, dan melaksanakan satu rancangan yang lebih agresif untuk membanteras kelompok musuh ini,atau kamu dapat menjadi saintis,mencipta sesuatu yang dapat menggantikan tempat kayu.Barulah hutan akan terselamat.Masa depan tualang pujaanmu juga akan terjamin,”hujah Jo.
(Dipetik daripada cerpen Lambaian Malar Hijau.oleh
Saroja Theavy a/p Balakrishnan dalam
Antologi Anak Laut.Dewan Bahasa dan Pustaka)

No comments:

Post a Comment